Dalam episod 2 “Dapur Mat Salleh” hari ini, kami berdua akan masak "Shepherd’s Pie". Dari negara UK, nama Shepherd’s Pie berasal dari “shepherd” yang bermaksud penternak kambing. Pai seringkali menjadi hidangan makanan malam bersama keluarga kerana senang untuk memasak.
📋 BAHAN-BAHAN:
🥧Shepherd's Pie
- Mince Lamb 1kg
-Carrot (Diced) 300g
-Green Peas (Frozen) 200g
-Corn Oil 100ml
-Worcestershire Sauce 1 ½ tblspn
-Tomato Paste 4 tblspn
-Vegetable Stock 100 ml
-Thyme Fresh 1 tblspn
-Rosemary Fresh 1 tblspn
-Parsley Fresh Garnish
-Salt 2 tblspn
-Pepper (Ground) 2 tblspn
-Holland Onion (Diced) 300g
-Garlic (Chopped) 2tblspn
-Chilli flakes 1tblspn
🥔Mashed Potato
-Peeled Potato (Diced) 2kg
-Egg Yolk 1
-Salt 2 tblspn
-Parmesan Cheese 100g
-Butter 100g
-Parmesan Topping 30g
🍲 CARA-CARA MASAK:
🥧Shepherd's Pie Filling
1. Masukkan 100 ml corn oil ke dalam kuali dan panaskannya
2. Tumis 1 kg minced lamb, dan bila separuh masak, tambahkan onion dan garlic
3. Tumis sehingga naik bau
4. Masukkan tomato paste dan kacau
5. Kemudian, tambahkan carrot dan kacau sekali lagi
6. Tambahkan worcestershire sauce, pepper and chilli flakes mengikut rasa
7. Kemudian, masukkan 100 ml vegetable stock
8. Akhir sekali, tambahkan rosemarry and thymes
9. Masak sehingga semua separuh kering dan kemudian tambahkan salt, green peas, dan parsley
10. Kacau sehingga sebati
11. Masukkan bahan dari kuali ke dalam strainer untuk buang air vegetable stock yang berlebihan
12. Letakkan di tepi sehingga sejuk ke suhu bilik
🥔Mashed potato
1 . Didihkan potato sehingga lembut
2. Kemudian tambahkan salt, butter dan kacau hingga sebati
3. Tambakan egg yolk dan kacau hingga sebati, dan kemudian tambahkan parmesan cheese
4. Masukkan mashed potato ke dalam piping bag
📥Shepherd's Pie Assembly
1. Masukkan shepherd’s pie filling ke dalam ceramic square plate, dan ratakannya
2. Dengan menggunakan piping bag, pipe mashed potato di atas shepherd’s pie filling
2. Dengan menggunakan garfu, ratakan mashed potato
3. Taburkan parmesan cheese
4. Masukkan sheperd’s pie ke dalam oven pada suhu 180c selama 20 minutes
5. Selepas keluar dari oven, hiaskan dengan parsley dan hidangkan panas
#DapurMatSalleh